In the name of Allah,

Most Gracious Most Merciful...

It is He, Who gives you life and causes you to die.

It is He, when He decides to do something,

needs only to say, "Be", and it is.

Al-Quran [40:68]


Thursday, October 25, 2012

Doa Hari Arafah ^^


Ahlan wasahlan :)

Bismillahirrahmaanirrahim~
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah berkata: Sebaik-baik doa ialah doa Hari Arafah, dan sebaik-baik doa apa yang dikatakan Aku dan nabi-nabi sebelumKu ialah Laa Ilaaha illallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wahua ‘ala kulli syai-in qodir.

Dan riwayat dalam hadis @ kitab:” Sesungguhnya doa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang paling banyak pada hari Arafah adalah: Laa Ilaaha illallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu biyadihil khair, wa hua ‘ala kulli syai-in qodir”.

Disunatkan kepada umat Islam untuk menyibukkan waktunya pada hari Arafah ini dengan doa dan rayuan @rintihan kepada ALLAH, memperbanyakkan mengucap syahadah dengan keikhlasan dan kejujuran.

InsyaAllah :)
Salam Aidiladha buat semua umat Islam seantero dunia.

Kullu 'am wa antum bikhair.


-mhi-
-bumi anbiya-
-3.51 p.m-

Saturday, October 20, 2012

Salam Zulhijjah :)


 Salam 'alaik buat semua.
Harap bikheir selalu. :)

Alhamdulillah, diberi peluang bernafas lagi untuk bulan mulia ini.
Bulan Zulhijjah!
Ayuh perbanyakkan amal ibadat ^^
Puasa, sedekah, amal jariah, zikrullah & sebagainya.
InsyaAllah, Rabbuna yusahhil~

Jom zikir!

Subhan-Allah, Al-hamdu-lillah, Allahuakbar,

Ibnu Umar radhiallaahu 'anhu berkata: 
"Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tiada hari-hari yang paling agung di sisi Allah dan dicintaiNya untuk beramal di dalamnya dari pada 10 hari (Dzulhijjah) ini, maka perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid pada saat ini." 
(HR. At-Thabrani)

-mhi-
-bumi anbiya-
-10.07 p.m-

Monday, September 24, 2012

Jadual Firqoh Uula Kuliah 'Ulum Islamiyah


Bismillahirrahmaanirrahim~

Alhamdulillah, bermulanya perjalanan sebenar seorang pelajar 'Ulum Islamiyah, Tahun Pertama.
Setelah setahun berada di Tahun Tamhidi, memperkukuhkan Lughatul Jannah!
Semangat baru, ma'a  a'la hamaasah min qobla zalik,
InsyaAllah, Rabbuna yusahhil.
Masih berbaki 4 tahun berada di bumi anbiya, moga dipermudahkan dalam menagih ilmu dengan para masyaikh wal ulama' muktabar di bumi barakah wa rahmah, biiznillah.
Setiap detik adalah emas.
 
Ana petik kata2 daripada Kak Aimi:
Setiap inci tanah di atas muka bumi ini merupakan tempat yg subur utk kita menanam benih syurga.
- Dr. yusuf al-qardhawi -

Wallahu'alam.
Strive for mardhotillah.

Mood:
Baru sedar akan dosa2 lalu. Fatrah bermuhasabah diri, yang leka dengan duniawi.
Moga Allah mengampuni. Yang lepas jadikan pengajaran, yang sekarang itu penting, yang akan datang itu hanya Allah yang tahu. Kita hanya merancang, Allah menentukanNYA.
InsyaAllah susunanNYA itu yang terbaik!!!

-mhi-
-bumi anbiya-
-5.38 p.m-

Saturday, September 22, 2012

Khatam Kitabullah Dalam Masa Seminggu

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Hajatnya di sini, nak sampaikan sedikit ilmu yang sangat berguna unuk semua, insyaAllah :)

Nak khatam Al-Quran mengikut Sunah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam masa seminggu tak?

Aiwah, Tob'an! Mestilah nak kan, kita cuba ye^^ ok, baca selanjutnya.

قال أوس : فسألت أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم كيف تحزبون القرآن ؟ قالوا : ثلاث وخمس وسبع وتسع وإحدى عشرة وثلاث عشرة وحزب المفصل

Aus bertanya kepada para sahabat Nabi SAW, "bagaimana nak membahagi-bahagikan Al-Quran?"

Mereka berkata: Tiga dan lima dan tujuh dan sembilan dan sebelas dan tiga belas dan bahagian seterusnya.

Penjelasan:
Jumlah2 di sini bermaksud bilangan surah yang perlu dibaca mengikut bilangan 7 hari dalam seminggu.

Hari pertama: 3 surah
Hari kedua: 5 surah
Hari ketiga: 7 surah
Hari keempat: 9 surah
Hari kelima: 11 surah
Hari keenam: 13 surah
Hari ketujuh: surah-surah seterusnya

Contoh 3 Surah pertama:
-Surah al-Baqarah
-Surah al-'Imran
-Surah an-Nisa

Ini FORMULANYA: فَمِي مُشَوقُ

ف: سورة الفاتحة
م: سورة المائدة
ي: سورة يونس
م: سورة مريم
ش: سورة الشعراء
و: سورة الصافات
ق: سورة ق

Wallahu'alam... Ilmu buat perkongsian bersama, khusus buat diri yang masih bertatih ini juga, insyaAllah. Moga sedikit sebanyak memberi manfaat. Syukran jazilan محبي فضيلة الشيخ الدكتور يسري رشدي السيد جبر الحسني (Syeikh Yusri) atas pengajarannya di Masjid Al-Asyraf, Muqattam, Kaherah. Syukran juga atas penyebaran ilmunya daripada ukhti Sabiha. Allahu yubaariku fikum.

Allahumma ja'alna minal laziina yastami'unal qaula fayattabi'uuna ahsanah.
Rujukan
Kitab Sunan Ibn Majah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...